Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet
  • NASIONAL

Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet

Utusan Sarawak 3 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan dan Majlis Peluncuran Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) di Kementerian Kewangan, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.

“Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidon, telah saya tugaskan untuk mengemukakan beberapa usul bagi menyeragamkan beberapa agensi, yang akan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara.

“…dan saya akan membuat keputusan setelah ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pada 3 Sept lepas, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan pelantikan Asri  untuk mengetuai Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa 10 Sept tahun lepas.

Sementara itu, Anwar berkata agensi kerajaan tidak dibenarkan mewujudkan syarikat di bawahnya tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana wujud syarikat yang mencatatkan kerugian besar.

“Saya telah memberi arahan supaya tidak boleh diwujudkan syarikat di bawah agensi tanpa kelulusan peringkat tetinggi kerana ribuan syarikat itu mencatat kerugian besar.

“Namun, membatalkan syarikat-syarikat tersebut bukanlah perkara yang mudah. Tetapi jika itu wajib dilakukan, kita harus melakukannya, dan ini adalah sebahagian daripada proses reformasi institusi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru jentera Perkhidmatan Awam untuk berfikir serta bertindak pantas bagi memacu pertumbuhan negara.

Selain itu, Anwar berkata beliau dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan, telah membincangkan kaedah pelaksanaan dasar  dan strategi besar dalam pertemuannya mereka semalam.

“Kami menegaskan mengenai pelaksanaan dasar dan strategi besar. Ada beberapa hal yang telah dilaksanakan dengan baik,” katanya. 

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai 

Turut hadir, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Shamsul Azri.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Scammer pelaburan mesin layan diri rembat RM6.7 juta duit pelabur
Next: 5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival MFJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.