Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima cedera parah kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lima cedera parah kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 3 months ago
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan kesemua lima mangsa yang berada di dalam Perodua Kancil selepas terlibat kemalangan berdekatan kawasan perumahan kilang Melupa Kaki Wong, Saratok awal pagi tadi. 

SARATOK: Lima cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di dalam parit berdekatan kawasan perumahan kilang Melupa Kaki Wong dekat sini awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut sekitar jam 5.58 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mendapati satu kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang masuk ke dalam parit jalan yang melibatkan seramai lima orang mangsa.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan kaedah pemotongan dan renggangan menggunakan peralatan khas penyelamat di bahagian kenderaan yang terjejas akibat hentaman.

“Ia bagi memberi ruang untuk penyelamatan mangsa yang tersepit. 

“Setelah ruang kerja berjaya dilakukan, pasukan bomba menggunakan pengusung untuk mengendalikan mangsa, dan membawa mangsa ke tempat yang selamat,” katanya.

PGO berkata kesemua mangsa seterusnya dibawa oleh pasukan bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) bomba dan ambulans hospital untuk dibawa ke Hospital Saratok.

“Mereka yang parah terdiri daripada dua lelaki, masing-masingnya berusia 44 dan 69 tahun, sementara, tiga yang lain merupakan wanita berumur 25, 40 dan 62 tahun,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Pantang maut sebelum ajal
Next: Hilang kawalan, lelaki 29 tahun cedera parah dalam kemalangan kendiri  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.