BINTULU: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan belakang Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki berusia 23 tahun itu pada 8.08 malam.
Operasi menyelamat yang dijalankan berjaya menemukan mangsa dalam jarak 440 meter dari tempat kejadian.
Mangsa diberikan rawatan awal dan dibawa keluar dari hutan menggunakan kaedah memikul mangsa dibelakang badan.
Setelah keadaan stabil, mangsa diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk dihantar ke hospital.
Oleh Carolyne Utih