KUCHING: Situasi banjir di Daerah Kuching menunjukkan perkembangan positif dengan penutupan salah satu pusat pemindahan sementara (PPS) susulan keadaan yang semakin pulih.
Setakat 1.00 petang hari ini, PPS SJK (C) Chung Hua Batu Kawa telah ditutup setelah semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut dibenarkan pulang.
Langkah ini diambil selepas penilaian oleh pihak berkuasa mendapati kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat untuk didiami semula.
Walaupun terdapat perkembangan positif, pihak berkuasa masih terus memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan yang berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.
Penduduk diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang perubahan keadaan cuaca.
Oleh Amanda L.