Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPPA: Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas
  • SEMASA

KPPA: Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas

Utusan Sarawak 4 months ago
KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ketika temu bual Bernama di pejabatnya, semalam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi yang digubal bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di bawah Bank Negara Malaysia ke dalam modul Program Transformasi Minda (PTM). Wan Ahmad Dahlan berkata modul berkenaan merupakan salah satu program latihan yang wajib diikuti untuk melepasi syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi semua pegawai awam. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun dan ia perlu dilakukan dalam tempoh sebulan ini.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelaraskan pertukaran petugas kaunter perkeranian yang merupakan pegawai guna sama melibatkan 1,063 orang.

Bagi petugas yang bukan pegawai guna sama seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen katanya, JPA akan mengkoordinasikan jabatan-jabatan terbabit untuk memastikan pusingan kerja dilakukan dalam kalangan petugas di bawah pengawasan ketua jabatan masing-masing.

Wan Ahmad Dahlan berkata petugas kaunter berdepan dengan cabaran masa kini melayan kerenah pelanggan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menuntut penjelasan, oleh itu perlu kaedah melengkapkan petugas dengan ilmu itu agar urusan berjalan lancar dan masyarakat dapat menikmati perkhidmatan kerajaan yang lebih baik.

“Ada sedikit cabaran di sini kerana apabila letakkan pegawai yang bertugas di kaunter, (mereka) perlu ada ilmu. Jadi, perkara berkenaan akan diambil kira supaya mereka (petugas) yang berada di kaunter boleh memberi jawaban dan sebagainya kepada pelanggan yang datang berurusan. Kita akan cari kaedah untuk melengkapkan mereka ini (petugas),” katanya dalam sesi temu bual di sini, semalam.

Wan Ahmad Dahlan berkata, tempoh bertugas maksimum selama lima tahun bukan perkara baharu, malah ketetapan itu diamalkan oleh perkhidmatan awam Persekutuan sejak 20 tahun yang lepas. 

Namun, harapan JPA ialah ketetapan itu diamalkan juga oleh perkhidmatan awam negeri dan badan-badan berkanun berikutan banyak aduan yang diterima mengenai kualiti perkhidmatan di kaunter-kaunter kerajaan.

Beliau berkata bagi perkhidmatan awam Persekutuan, para pegawai awam yang bertugas di kaunter dikategorikan sebagai jawatan sensitif dihadkan tempoh bertugas tidak melebihi lima tahun kerana terdedah kepada rasuah dan salah guna kuasa. Namun, bagi pegawai yang bertugas di tempat bukan sensitif dihadkan tempoh bertugas tidak melebihi lapan tahun.

Wan Ahmad Dahlan berkata ketetapan itu merupakan perkara baik untuk kerjaya seseorang dari segi pertambahan pengetahuan dan pengalaman, serta keselamatan dan perluasan jaringan rakan kerja.

JPA katanya, selain memantau prestasi pegawai awam, akan turut memantau ketua-ketua jabatan agar pertukaran yang dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dan demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Elak terlibat kemalangan, pandu secara berhemah
Next: Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.