Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki didenda RM4,000 miliki mercun, bunga api
  • MAHKAMAH

Lelaki didenda RM4,000 miliki mercun, bunga api

Utusan Sarawak 4 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan terhadap seorang lelaki setelah mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit atau lesen yang sah.

Lau Sie Long, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Wawasan 8E pada 2 Januari 2025, lebih kurang 1.30 petang dan dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 2 Januari 2025, kira-kira 1.30 petang, pengadu telah mengetuai sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am Sibu telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Lorong Wawasan 8E.

Setiba di rumah terbabit, tiga lelaki termasuk tertuduh sedang memunggah kotak dari kenderaan ke dalam rumah.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam tiga kenderaan yang di pakirkan di hadapan rumah.

Pengadu kemudian meminta ketiga-tiga suspek mengemukakan dokumen bagi pemilikan mercun dan bunga api itu, namun gagal.

Ketiga-tiga mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga kenderaan tersebut adalah milik tertuduh, selain rumah tersebut yang digunakan bagi menyimpan mercun dan bunga api itu disewa oleh tertuduh.   

Pegawai Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu turut mengesahkan tertuduh tidak mempunyai lesen atau permit atau membuat permohonan bagi menyimpan barangan rampasan tersebut di rumah terbabit.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: SPRM: Tuai Rumah ditahan reman disyaki salah guna wang pampasan penduduk rumah panjang
Next: Lelaki dipenjara, didenda RM500 miliki rokok, minuman keras diperoleh secara haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.