Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden
  • GLOBAL

Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden

Utusan Sarawak 4 months ago

ISTANBUL: Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hari pertama kami di Rumah Putih belum berakhir! Pejabat Personel Presiden saya sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi kami untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” kata Trump di platform media sosial Truth Social lewat Isnin.

Beliau mengumumkan pemecatan itu dengan menegaskan “lebih ramai lagi” akan menyusul.

“Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan, Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara, Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana, dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden – ANDA DIPECAT!” katanya. – Bernama – AA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi
Next: Kebakaran hutan baharu meletus berhampiran Los Angeles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.