Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah dinaiki air, tujuh sekeluarga dipindah ke PPS  
  • TEMPATAN

Rumah dinaiki air, tujuh sekeluarga dipindah ke PPS  

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Tujuh sekeluarga di Kampung Sinar Budi Baru antara mangsa banjir kilat yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kediaman mereka dinaiki air.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.20 pagi.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan 11 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.

”Satu keluarga yang terdiri daripada tujuh orang termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) itu kemudian dipindahkan ke dewan futsal menunggu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

”Paras air di kawasan rumah yang terjejas tinggi adalah setinggi lutut orang dewasa dan masih naik disebabkan keadaan masih hujan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat kenyataan ini dikeluarkan pada 2.34 petang, pihak bomba masih berada di lokasi kejadian.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Serving the community through dedication
Next: Chong mohon polis gesa siasat kes langgar lari anjing liar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.