BETONG: Sejumlah 3000 bungkusan bantuan bekalan makanan diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
Penerima yang mendapat bungkusan bantuan bekalan makanan semalam adalah penduduk dari 94 rumah panjang, penduduk Melayu dan Cina di Spaoh serta penjawat awam di kawasan Bakit Saban.
Penghantaran bekalan makanan diselaras oleh Setiausah Politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.
Turut membantu beliau kakitangan Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan yang lain.
Terdahulu, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat mewakili Uggah dalam satu majlis simbolik bagi menyerahkan bantuan bekalan makanan untuk Bahagian Betong.
Majlis ringkas diadakan di Rumah Rehat Betong.
Bantuan tersebut adalah untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas, Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Kabong, Beting Maro, Batang Lupar dan Lingga.