APM redah perjalanan 26km bantu hantar pesakit ke hospital

Facebook
WhatsApp
BERHATI-HATI...wanita sakit dipindahkan dari kerusi roda ke pengusung untuk dibawa dengan ambulan.  

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang mengharungi perjalanan sejauh 26 kilometer (km) ke Kampung Menuang Batu Danau di sini untuk membantu menghantar pesakit wanita warga emas mendapatkan rawatan ke hospital  Limbang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie  Madisun berkata laporan kes sakit membabitkan mangsa wanita berusia 58 tahun  diterima Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang pada jam 4.47 petang.

Sebaik tiba dilokasi, pasukannya berjumpa dengan waris mangsa dan memaklumkan mangsa mengalami lemah anggota badan.

“Anggota kita segera membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat berjalan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke  hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.