‘Daddy Cool’ Boney M mengembalikan nostalgia 1970-an

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Destinasi pertama Ikon ‘Daddy Cool’ Boney M menggegarkan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini dengan lagu hit 1970-an malar segar itu.

Ini sekali gus mengembalikan nostalgia irama rock lagu yang amat popular sejak 1976 itu.

Boney M bukan sekadar kumpulan muzik. Ia adalah fenomena budaya pop yang merentas generasi.

Orang ramai teruja dengan lagu hit itu, menghiburkan lebih 3,000 penonton pada Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di BCCK.

Legenda era irama disko, Boney M membuka tirai konsertnya dengan lagu hitnya Sunny.

Lagu hit lain Boney M adalah Ma Baker, Rasputin, Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday, Brown Girl In The Ring dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai sejak 1970-an sehingga hari ini.