Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 peserta sertai program gotong-royong
  • TEMPATAN

50 peserta sertai program gotong-royong

Utusan Sarawak 4 months ago
KERJASAMA… Antara peserta yang menyertai program ‘Hari Bersama Masyarakat: Gotong-Royong Bersama Warga PDK Bau’.

BAU: Seramai 50 peserta dari pelbagai lapisan menyertai program gotong-royong anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bau, hari ini.

Menurut satu kenyataan, program bertemakan ‘Hari Bersama Masyarakat: Gotong-Royong Bersama Warga PDK Bau’ ini bertujuan meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan kawasan sekitar PDK Bau sambil menyemai semangat kekitaan dan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti.

Peserta program terdiri daripada pelajar UUM PACE Kuching, kakitangan PDK, keluarga orang kurang upaya (OKU) dan penduduk kampung setempat.

Program dijadualkan bermula 8.30 pagi hingga 1.00 petang itu turut mengadakan aktiviti sampingan seperti senaman ringan, sesi bergambar dan jamuan penghargaan turut menyemarakkan suasana.

Pengarah Program, Kuan Sek Kiaw berkata, program ini bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kursus khidmat masyarakat pelajar, tetapi juga untuk memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti tentang pentingnya kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan, pihak PDK Bau menerima plak dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Pada masa sama, program ini diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi keceriaan kepada para peserta.

“Program ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar universiti, komuniti setempat, dan warga PDK Bau, sekali gus menunjukkan betapa pentingnya semangat kebersamaan dalam memajukan masyarakat,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 200 pengunjung banjiri kaunter Spay Global
Next: Sukan SEA 2027: Hotel baharu di Sarawak perlu disiapkan tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.