SEBAUH: Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membenarkan hanya seorang sahaja dalam sebuah kenderaan masih tidak dipatuhi orang ramai di Pekan Sebauh semalam.
Ketua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebauh, Abu Samah ketika dihubungi berkata, semalam terdapat segelitir yang ingkar PKP dan telah dinasihat untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Katanya, rondaan yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sebauh di sekitar pekan ini semalam amat memuaskan dan pergerakan orang ramai berkurangan.
“Rondaan telah dilakukan di sekitar kedai yang tedapat di sini dan pihak kita telah menasihatkan supaya mereka mematuhi arahan PKP, jelasnya.
Justeru itu, rondaan terus dilakukan oleh anggota PDRM dan RELA bagi mengekalkan Daerah Sebauh terus berada dalam zon hijau daripada penularan wabak Covid-19.
Pix Slug Polis Tegur AA RONDA… PDRM dan RELA melakukan rondaan dan pemeriksaan di sekitar kedai di Sebauh.