Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya capai orbit
  • GLOBAL

Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya capai orbit

Utusan Sarawak 5 months ago

Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye, Turksat 6A.

ISTANBUL: Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya mencapai orbit, menandakan satu pencapaian penting dalam program angkasa negara itu, lapor Xinhua.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Abdulkadir Uraloglu, melalui platform media sosial X memaklumkan Turksat 6A telah mencapai orbit 42 darjah timur.

“Kebanggaan negara kita ini akan mengangkat Turkiye menjadi pemain antarabangsa dalam aktiviti angkasa dan mengukuhkan infrastruktur komunikasi kita,” katanya.

Menurut media tempatan, satelit itu mencapai ‘orbit geosinkron’ akhirnya pada jarak 35,786km selepas nyalaan terakhir pada 5 pagi waktu tempatan (0200 GMT).

Selepas menjalani ujian tambahan di orbit, Turksat 6A dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Dilancarkan dari kemudahan SpaceX di Cape Canaveral, Florida pada 9 Julai, Turksat 6A dianggap sebagai pencapaian besar bagi program angkasa Turkiye. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: 4 rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Norway – Wisma Putra
Next: Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.