BEKENU: Kampung Kepayang Tiris kini dilandar banjir kilat ekoran hujan lebat sepanjang malam tadi.
Ketua Kampung (KK), Suip Karim ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini berkata hujan lebat dan ribut sepanjang malam telah mengakibatkan keadaan banjir pagi tadi.
“Keadaan banjir ini telah kita laporkan kepada pihak agensi kerajaan yang berkenaan dari semasa ke semasa.
“Banjir juga mengakibatkan penduduk kampung ini tidak dapat menjalankan aktiviti harian di kebun,” katanya.
Beliau berkata keadaan banjir setakat ini agak membincangkan penduduk kampung kerana paras air menaik dan keadaan cuaca masih mendung.
Oleh Adum Liu