LONDON: Krisis Manchester City semakin meruncing apabila mereka sekali lagi mengalami kekalahan selepas tewas 1-2 tangan Aston Villa, hari ini.
Gol sumbangan Jhon Duran dan Morgan Rogers memastikan kemenangan Villa manakala Phil Foden meledak gol saguhati pada masa kecederaan untuk City.
Juara bertahan itu kini merosot ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), sembilan mata di belakang pendahulu, Liverpool, selepas bermain dua perlawanan lebih banyak.
Villa pula naik ke tangga kelima.
City kini sudah tewas sembilan daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan dan gagal menang dalam lapan perlawanan terakhir di tempat lawan.
Pep Guardiola melakukan enam pertukaran berbanding ketika tewas kepada Manchester minggu lalu, tetapi perubahan itu tidak membawa perbezaan selepas mereka mempamerkan persembahan yang kurang meyakinkan sekali lagi.
Villa, yang sebelum ini hanya menang tiga daripada 11 perlawanan liga utama, memperoleh kemenangan penting yang memastikan harapan mereka untuk berada di kelompok empat teratas masih kembali terbuka.