Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha sampaikan maklumat, media serta 25 agensi kerajaan dirai
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha sampaikan maklumat, media serta 25 agensi kerajaan dirai

Utusan Sarawak 5 months ago
ISKANDAR Turkee merakam gambar kenangan bersama wakil media dan agensi kerajaan semasa Majlis Malam Apresiasi Inspirasi 2024 di Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Media terus memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, sekali gus memastikan maklumat serta inisiatif kerajaan disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat termasuk komuniti di kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, platform media seperti televisyen, radio, dan sebagainya telah membuktikan keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.

“Impak media amat besar kerana ia memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat yang sahih, misalnya, maklumat mengenai bantuan dan sumbangan daripada kerajaan. 

“Justeru, media memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan, dapat dirasai oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis malam Apresiasi Inspirasi 2024 anjuran RTM Bintulu bersama Pusat Khidmat DUN Jepak di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Pada majlis ini, sebanyak 25 agensi terdiri daripada kerajaan negeri dan Persekutuan di Bintulu turut diberikan penghargaan atas usaha dalam menyokong penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TZ FT juara pertandingan Futsal Terbuka KSRN
Next: 2,286 kemalangan dilaporkan di Bintulu sepanjang tahun ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.