Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga PPS serlah bakat dalam pertandingan memasak ikan siakap
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga PPS serlah bakat dalam pertandingan memasak ikan siakap

Utusan Sarawak 5 months ago
TAHNIAH… Mohd Rusli (kanan) menyampaikan hadiah kepada Zakhiruddin yang memenangi pertandingan memasak ikan siakap. Turut disaksikan oleh Salbiah (tengah).

SIBU: Pertandingan memasak ikan siakap peringkat Penjara Pusat Sibu (PPS) memainkan peranan penting dalam memperkukuh kemahiran memasak serta peluang untuk menunjukkan bakat dalam bidang kulinari.

Pertandingan anjuran Persatuan Isteri Anak-Anak Anggota Wanita Penjara (PERSIAP) Cawangan PPS melibatkan penyertaan 10 pasukan terdiri daripada kakitangan PPS.

Acara telah dirasmikan oleh Pengarah PPS yang juga Penaung, Mohd Rusli Abdul Rahman dan turut disertai Pengerusi Salbiah Hassan. 

Mohd Rusli dalam ucapan perasmiannya menekankan pentingnya aktiviti seperti itu untuk membina kemahiran dalam bidang kulinari dan dapat menghasilkan menu sihat, berkualiti serta menjadi pilihan keluarga.

Pertandingan itu melibatkan penyediaan hidangan utama berasaskan ikan siakap di mana setiap pasukan diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan hidangan mereka.

Para peserta berjaya menghasilkan masakan yang sedap, menarik dan kreatif.

Dua juri yang merupakan cef profesional dari Hotel RH Sibu bertindak sebagai panel penilai, yang menilai setiap hidangan berdasarkan kriteria rasa, penyajian, kebersihan dan kreativiti. 

Keputusan akhir memihak kepada pasukan yang berjaya menggabungkan kesemua elemen ini dengan cemerlang iaitu pasangan Zakhiruddin Arshad dan isteri.

Pertandingan itu dianggap sebagai satu kejayaan yang dapat memberi manfaat dalam pembangunan kemahiran memasak khasnya dan diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RELA ruang sumbang bakti kepada tanah air tercinta
Next: TZ FT juara pertandingan Futsal Terbuka KSRN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.