Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kamal Ariffin Jusoh melawat Zon Maritim Tanjung Manis
  • Tengah
  • WILAYAH

Kamal Ariffin Jusoh melawat Zon Maritim Tanjung Manis

Utusan Sarawak 5 months ago

TANJUNG MANIS: Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh memberi jaminan sokongan terhadap usaha kesemua warga kerja maritim di Sarawak.

Kamal Ariffin dalam rangka lawatan kerja rasminya ke Zon Maritim Tanjung Manis, pagi semalam, memuji usaha gigih seluruh warga Zon Maritim yang telah menunjukkan keupayaan tinggi dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan, pencegahan jenayah, pengawalan aktiviti perikanan dan seumpamanya.

“Kita semua adalah sebahagian daripada pasukan besar Maritim Malaysia yang mana mempunyai matlamat yang sama, iaitu menjaga kedaulatan perairan negara. 

“Terima kasih kepada seluruh warga Zon Maritim Tanjung Manis dan berharap agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh semangat dan dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Ketibaan Kamal Ariffin disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang bersama seluruh warga kerja Zon Maritim Tanjung Manis.

Beliau kemudiannya melawat ke jeti yang menempatkan aset Zon Maritim Tanjung Manis sedia ada dan menaiki Bot Perkasa 25 untuk meninjau tapak cadangan pembinaan pejabat Zon Maritim Tanjung Manis di bandar Sarikei.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah panjang berusia lebih 100 tahun Rosak dibadai angin kencang
Next: Lima NGO terima cek projek khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.