Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perlu tenaga kerja berkemahiran tinggi 
  • TEMPATAN

Sarawak perlu tenaga kerja berkemahiran tinggi 

Utusan Sarawak 6 months ago

RASMI....Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab merasmikan Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka PPD Sarikei 2024, bertempat di Dewan Sentral Sarikei. 

SARIKEI: Tenaga kerja berkemahiran dan berkemampuan tinggi dalam bidang teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) sangat diperlukan oleh negara dan negeri ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata melalui program seperti Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei 2024, ia boleh membuka minda generasi muda.

“Ini membuka peluang untuk lebih cenderung ke arah teknologi dan kemahiran tinggi sesuai dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya semua pihak terutama guru, bersama melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

“Langkah ini bagi menggerakkan Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030,” katanya merasmikan Hari Kerjaya dan Pendidikan serta Hari Terbuka PPD Sarikei 2024, bertempat di Dewan Sentral Sarikei, hari ini. 

Yusuf berkata dengan kepelbagaian sumber yang ada, Sarawak dilihat berpotensi dalam teknologi baharu termasuk pengeluaran hidrogen dan tenaga hijau.

“Namun, sumber-sumber yang kita ada belum dapat kita tambah nilai dan diberi nilai tambah kerana amat bergantung kepada kualiti anak-anak Sarawak sendiri. 

“Oleh itu, program seperti ini sangat sesuai dan mampu mencapai hasrat tersebut demi masa depan negeri dan negara kita,” katanya. 

Beliau menyokong usaha pihak PPD Sarikei dan akan sentiasa menyokong usaha murni tersebut demi kelangsungan masa depan Sarawak. 

Pada majlis itu, beliau turut menyumbangkan RM3,000 kepada Persatuan Rekreasi PPD Sarikei. 

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Lau Ngie Tung; Syaifulhizam Othman selaku wakil Pengarah Yayasan Sarawak, Hamimi Abu Kassim selaku wakil Residen Sarikei dan Focal Person PIBKS, Yuhib Rabaie. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: SeDidik pupuk bakat pendidikan inklusif lebih awal
Next: Rajinlah membaca untuk tambah ilmu pengetahuan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.