Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
  • JENAYAH

Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM

Utusan Sarawak 6 months ago
KETUA Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM: Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 November lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menyertai unit beruniform itu sejak Oktober lepas sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas dimulakan pada tahun depan. 

Beliau berkata, semasa hari kejadian pada 10 November, mangsa telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian dan kali terakhir dilihat sedang melompat sebelum rebah. 

Hussein berkata bapa mangsa yang membuat laporan berhubung perkara itu pada 15 November, dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pihak Hospital Shah Alam yang menghubungi beliau berhubung keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri. 

“Mangsa telah dirawat di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam dan semasa mendapatkan rawatan awal, simati dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.

“Rawatan awal telah diberikan dalam usaha untuk hidrasi simati namun tidak memberikan tindak balas positif selain mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum simati dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Huseein berkata, rakan mangsa turut memaklumkan bapa mangsa kejadian berlaku semasa sesi latihan di padang kawad yang dikendalikan seorang jurulatih Palapes UiTM Shah Alam dan telah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.01 pagi, 13 November dengan hasil bedah siasat tidak menunjukkan sebarang kecederaan luaran pada bahagian badannya. 

“Setakat ini polis telah mengambil keterangan sembilan saksi termasuk pengadu (bapa mangsa),” katanya dan menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Guru dicekup disyaki edar ganja
Next: Hasrat tambah pendapatan tapi rugi RM34,800 kena tipu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.