Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Satelit PSPJN dijangka beroperasi awal 2028 
  • SEMASA

Parlimen: Satelit PSPJN dijangka beroperasi awal 2028 

Utusan Sarawak 7 months ago
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Satelit menerusi program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) dijangka mula beroperasi pada awal 2028, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan program PSPJN yang akan dilaksanakan melalui kaedah kerjasama awam–swasta bagi membuka peluang kepada sektor swasta terlibat dalam pembangunan satelit pada 14 Ogos 2019.

“Pada tahun lepas, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan Hala Tuju Program PSPJN dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan tahap kejayaan program yang lebih tinggi dan berupaya memberi impak lebih meluas kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa pada peringkat serantau,” katanya.

Chang menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) sama ada kementerian akan menggunakan model kerjasama awam–swasta untuk projek PSPJN tanpa peruntukan khas dalam belanjawan negara, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini
Next: Parlimen: NSRC terima lebih 131,000 panggilan hingga September lepas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.