Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di Sumatera
  • GLOBAL

13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di Sumatera

Utusan Sarawak 6 months ago

Sebuah jengkaut digunakan di lokasi tanah runtuh di kampung Harang Julu di Kabupaten Padang Lawas, Provinsi Sumatera Utara, Indonesia pada Sabtu. Foto BNPB/Xinhua

JAKARTA: Tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda dua daerah di provinsi Sumatera Utara, Indonesia pada malam Sabtu meragut 13 nyawa dengan 18 yang lain cedera, kata seorang pegawai dari agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah itu pada Ahad.

Menurut Sri Wahyuni Pancasilawati, ketua unit kecemasan, peralatan dan logistik agensi itu, tanah runtuh dan banjir kilat melanda pada malam Sabtu di daerah Deli Serdang dan Karo pada malam Sabtu. 

Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.

Di daerah Karo, bencana serupa menyebabkan tujuh orang maut dan sembilan cedera. Mereka yang cedera dibawa ke hospital dan klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, katanya kepada Xinhua.

Pada awal pagi Sabtu, tanah runtuh dan banjir kilat turut melanda daerah Padang Lawas dan Tapanuli Selatan di provinsi itu, menyebabkan enam maut dan tujuh cedera.

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan amaran cuaca ekstrem, meramalkan intensiti hujan melebihi normal di kawasan itu.

Usaha sedang dijalankan untuk membantu komuniti yang terjejas dan mengurangkan risiko lanjut sementara pihak berkuasa terus memantau keadaan dengan teliti. 

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: 1,000 rumah setinggan di ibu kota Filipina terbakar
Next: COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.