Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters China: Tang Jie-Ee Wei, Pang Ron-Su Yin mara ke separuh akhir
  • SUKAN

Masters China: Tang Jie-Ee Wei, Pang Ron-Su Yin mara ke separuh akhir

Utusan Sarawak 7 months ago

Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir meskipun tewas pada set pertama sebelum ketinggalan jauh pada set kedua.

KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia dalam acara beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan Masters China 2024 di Shenzhen, China selepas menumbangkan lawan masing-masing hari ini.

Paling mencuri tumpuan ialah aksi Tang Jie-Ee Wei yang mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan pasangan tuan rumah Guo Xin Wa-Cheng Fang Hui pada aksi berlangsung di Gimnasium Shenzhen itu.

Pada aksi suku akhir itu, pasangan negara bermula langkah kiri apabila tewas di set pertama 14-21.

Ketika perlawanan seolah-olah berpihak kepada gandingan China yang mendahului set kedua 20-11, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi luar biasa untuk kembali mengikat kedudukan 20-20 sebelum menang 23-21, sekali gus membawa permainan ke set penentuan.

Kemenangan set kedua itu seolah-olah memberi tonik buat pasangan negara apabila menang set penentuan 21-16, seterusnya mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Perjuangan Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun dilihat masih berliku apabila bakal bertemu pilihan pertama kejohanan negara tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam saingan separuh akhir pada Sabtu.

Yan Zhe-Dong Ping mara ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan gandingan Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-13, 21-13.

Sementara itu, Pang Ron-Su Yin yang mudah mengetepikan pasangan Taiwan Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui 21-10, 21-16 akan membuat perhitungan menentang beregu nombor tujuh dunia dari Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: EPL: Aksi tumpuan hujung minggu ini
Next: Lutut cedera bukan halangan bagi anak Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.