Notre-Dame dibuka semula 7 Disember, lima tahun selepas kebakaran

Facebook
WhatsApp
PENGUNJUNG berdiri di hadapan Katedral Notre-Dame de Paris di Paris pada 25 Oktober 2024, yang dijadualkan dibuka semula kepada orang ramai pada 8 Disember 2024. FotoAFP

PARIS: Katedral Notre-Dame di Paris akan dibuka semula pada 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran dahsyat yang menarik perhatian dunia, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Istana Elysee pada Rabu memaklumkan bahawa Presiden Perancis Emmanuel Macron akan menyampaikan ucapan di hadapan katedral berkenaan.

Presiden institusi awam Philippe Jost yang menyelia proses pemulihan katedral itu mengumumkan bahawa acara perasmian akan menampilkan persembahan oleh artis-artis terkenal.

Beliau menyifatkan barisan artis sebagai ‘bertaraf antarabangsa’ tetapi tidak mendedahkan nama-nama tertentu.

Katedral Gothic yang rosak teruk dalam kebakaran pada April 2019 itu dijangka menerima lebih 2,000 pengunjung semasa pembukaan semula.

Tetamu termasuk wakil gereja, pemimpin dunia, dan dermawan utama.

Antara tetamu yang dijemput oleh Macron ialah Pope Francis, namun beberapa media melaporkan bahawa beliau membatalkan kehadirannya.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada Vatican dan pihak Elysee tidak memberikan butiran lanjut. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos