Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR salur RM3.3 juta untuk pembangunan Gereja St Anthony setakat ini
  • Tengah
  • WILAYAH

UNIFOR salur RM3.3 juta untuk pembangunan Gereja St Anthony setakat ini

Utusan Sarawak 7 months ago
TERIMA KASIH… Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan peruntukan UNIFOR kepada Gereja St Anthony. 

SARIKEI: Sejumlah keseluruhan RM3.3 juta telah disalurkan untuk pembangunan infrastruktur Gereja St Anthony sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii baru-baru ini telah menyerahkan peruntukan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM200,000 untuk pembinaan infrastruktur gereja tersebut.

“Saya sangat mengambil berat tentang pembangunan agama dan telah menyalurkan lebih kurang RM3.3 juta kepada Persatuan Gereja St Anthony selama beberapa tahun ini untuk tujuan pembangunan.

“Peruntukan yang disalurkan adalah dari peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan UNIFOR,” katanya.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, menerusi peruntukan RTP, sebanyak RM500,000 pada 2018, RM650,000 (2019), RM300,000 (2020), RM200,000 (2021), RM200,000 (2022), RM200,000 (2023) dan RM200,000 (2024). 

“Sementara itu, peruntukan melalui UNIFOR adalah sebanyak RM300,000 (2018), RM300,000 (2021), RM250,000 (2022) dan RM200,000 (2024), tidak termasuk peruntukan lain yang diperoleh. 

“Sarawak sangat bertuah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di mana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menikmati kestabilan politik dan ekonomi yang membawa kepada perkembangan dan kemakmuran,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 150 penduduk Rumah Alen sertai program anjuran bomba  
Next: Program taklimat PCDS 2030 perlu diperluas di peringkat kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.