LONDON: Manchester United memecat pengurus, Erik ten Hag, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini, selepas kelab di Old Trafford itu menduduki tangga ke-14 selepas sembilan perlawanan.
“Erik ten Hag melepaskan jawatan sebagai pengurus skuad utama Manchester United,” umum kelab itu dalam satu kenyataan, hari ini.
“Ruud van Nistelrooy akan mengendalikan pasukan sebagai ketua jurulatih sementara, dengan dibantu barisan kejurulatihan ketika ini sehingga ketua jurulatih baharu dilantik.”
Spekulasi pengendali berusia 54 tahun dari Belanda itu menjadi perhatian pada hujung musim lalu apabila United merekodkan pencapaian terburuk EPL iaitu tempat kelapan ketika bilionair Britain dan Pengerusi INEOS, Jim Ratcliffe mengambil alih operasi bola sepak.
Bagaimanapun, kejayaan mengejut meraih Piala FA dengan menewaskan Manchester City, selain Ten Hag berdepan musim dibelenggu kecederaan yang menjadi punca persembahan hambar, akhirnya memberi peluang sekali lagi kepada Ten Hag.
Dia menandatangani kontrak baharu sehingga 2026 dan berpeluang untuk cuba mengembalikan zaman kegemilangan juara Inggeris sebanyak 20 kali itu.
Bagaimanapun, berdasarkan keputusan awal musim yang mengecewakan menyaksikan Ten Hag tidak berpeluang mengulangi pencapaian itu.