Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Seludup sayur, warga asing antara ditahan
  • TEMPATAN

Seludup sayur, warga asing antara ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DIRAMPAS… Lori tersebut yang dipenuhi dengan buah dan sayur-sayuran yang dipercayai diseludup.

KUCHING: Dua suspek yang merupakan seorang warga tempatan berumur 43 dari Kampung Jagoi Serikin dan seorang lagi warga Indonesia berumur 27 dari Sambas, Kalimantan ditangkap di sempadan Sarawak Indonesia pada Ahad, 12.30 petang.

Polis dari Bau menahan dan memeriksa sebuah lori di Suba Buan, Bau yang membawa sayur dan buah-buahan dari Kampung Serasot ke Bau.

Kedua-dua suspek ditangkap manakala lori tersebut turut dirampas dan polis percaya barangan yang dirampas mungkin diseludup dari Indonesia.

Suspek dari Indonesia akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1963 kerana memiliki dokumen masuk yang luput tarikh.

Kedua-dua suspek juga ditangkap dibawah Sekyen 8 (1) Peraturan-Peraturan Penyakit Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dan di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan)(No 7) 2020.

Ketua Polis Bau, DSP Poge Nyaon mengesahkan tangkapan tersebut.

Continue Reading

Previous: KPDNHEP Sarawak keluarkan 171 notis
Next: Orang ramai berpusu- pusu ke UTC Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.