Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tragedi bot karam: Mayat kedua ditemui
  • TEMPATAN

Tragedi bot karam: Mayat kedua ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
DITEMUI… Mayat Elfika Ahmad ditemui oleh pasukan SAR di Sungai Bako, Tanjung Jerijih, pagi semalam.

BELAWAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di hari kedua semalam berjaya menemui mayat mangsa kedua tragedi bot karam di muara Batang Belawai, pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Elfika Ahmad, 29 tahun.

“Mayat mangsa ditemui terapung di Sungai Bako, Tanjung Jerijih sekitar 8.30 pagi tadi (semalam).

“Abang mangsa membuat pengecaman mayat dan mengesahkan mayat yang ditemui adalah adiknya, Elfika Ahmad.

“Operasi SAR ditamatkan pada 10.00 pagi selepas mayat ditemui.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata menerusi satu kenyataan kepada media, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi Utusan Sarawak turut mengesahkan mayat mangsa kedua tragedi bot karam, Elfika Ahmad telah ditemui pagi semalam.

Pada 14 Jun lalu, mayat mangsa pertama tragedi bot karam ditemui oleh penduduk kampung yang menyertai operasi SAR sekitar 6.45 pagi ialah Ibrahim Abang Resdi.

Terdahulu, bot yang digunakan oleh kedua mangsa karam selepas dilanda ombak kuat di muara Batang Belawai pada malam Sabtu, 13 Jun lalu.

Berdasarkan laporan polis daripada saksi kejadian, sekitar 7.30 malam, saksi bersama beberapa bot lain yang menjalankan kegiatan perikanan bergerak ke muara Batang Belawai untuk mencari pelindungan daripada dipukul ombak kuat.

Setibanya di satu kawasan yang dikenali Tanjung Melubak di muara Batang Belawai, saksi terdengar suara meminta tolong.

Saksi cuba menyelamatkan mangsa, tetapi gagal kerana ombak terlalu kuat dan mangsa terus hilang dipukul ombak.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Empat lelaki tempatan ditahan
Next: Geran #usahawanjkws ditukar kepada wang tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.