Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tiga syarikat penuhi syarat sertai bidaan TBB ke Singapura – PETRA
  • BISNES

Tiga syarikat penuhi syarat sertai bidaan TBB ke Singapura – PETRA

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga syarikat berjaya memenuhi semua syarat untuk menyertai bidaan dalam talian pada 16 Jun, 2024 bagi projek rintis pembekalan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan ke Singapura melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata bekalan tenaga elektrik hijau berjumlah 100 megawatt (MW) dibida oleh dua syarikat dari Singapura dan proses untuk memuktamadkan perjanjian pembekalan itu sedang dijalankan.

Sebanyak 16 syarikat yang layak dari Singapura telah mendaftarkan minat untuk menyertai proses bidaan berkenaan.

“Dalam melaksanakan perdagangan TBB rentas sempadan ini, kerajaan mengambil pendirian untuk memastikan kepentingan dan manfaat untuk negara adalah (kekal) terpelihara dan terjamin,” kata PETRA dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai respon kurang memberangsangkan dalam bidaan oleh Enegem bagi eksport TBB ke Singapura dan langkah diambil untuk memperbaiki maklum balas pemain dan meningkatkan daya tarikan TBB Malaysia di pasaran Singapura.

Menjelaskan selanjutnya, kementerian itu berkata keutamaan akan diberikan untuk memastikan keperluan bekalan tenaga hijau dalam negara yang dijangka meningkat, dapat ditampung terlebih dahulu.

Pada masa sama, fokus Malaysia adalah untuk menarik pelaburan bernilai tinggi yang memerlukan bekalan elektrik hijau, termasuk dari Singapura ke negara ini, terutamanya ke kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. 

Menurut PETRA, ini bagi mewujudkan peluang ekonomi dan menjana sumber kekayaan baharu dalam pelbagai bidang ekonomi kepada rakyat termasuk pemain industri TBB tempatan. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: MAB tumpu latihan, ambil pekerja tangani peningkatan permintaan – MoF
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam prestasi Wall Street bercampur-campur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.