Pasukan Kampung Sualai Jalan Punang juara kejohanan sepak takraw

Facebook
WhatsApp
MERIAHKAN SUKAN… Antara pasukan yang berentap dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kedayan Lawas 2024. 
 

LAWAS: Pasukan Kampung Sualai Jalan Punang muncul johan pada Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kedayan Lawas 2024 anjuran Persatuan Kedayan Lawas yang berlangsung selama dua hari di Arena Lawas, baru-baru ini.

Pada kejohanan itu, Pasukan Kampung Sualai menerima hadiah berupa wang tunai RM300 dan pingat.

Tempat kedua berjaya disandang oleh pasukan  Kampung Tanah Si Bagol Merapok yang mendapat tempat kedua menerima RM200 dan pingat dan pasukan ketiga bersama iaitu Kampung Belangsat Sinaran dan Gabungan  Sungai Kidong Batong  dan Sualai A membawa pulang RM100 dan pingat.

Kejohanan itu disertai 20 pasukan regu yang diadakan sempena Hari Sukan Negara dan Makan Tahun Kedayan Lawas 2024.

Hadir merasmikan kejohanan itu ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Kedayan Lawas, Ketua Kampung Roslan Sisa.

Turut hadir,  Bendahari Persatuan Kedayan Lawas merangkap  penyelaras kejohanan Abas  Angas, pengerusi teknikal kejohanan Safli Japar  dan Ketua Kampung  Saadon  Kambar.

Oleh Adeng Edrus