Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera, kereta rempuh lori tangki minyak sawit
  • KEMALANGAN

Tiga cedera, kereta rempuh lori tangki minyak sawit

Utusan Sarawak 7 months ago
KEMALANGAN jalan raya di Jalan KJD melibatkan sebuah kereta Proton Iriz dan lori tangki minyak sawit. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Tiga orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya di Batu 11 Jalan KJD, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin. 

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dari arah bandar Sibu ke Sarikei telah merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki minyak sawit yang diparkir di bahu jalan, petang semalam. 

“Pihak kami (bomba) menerima panggilan kecemasan sekitar 2.58 petang. 

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi (PKO) yang diketuai oleh komander operasi PBK II Peter Jinang di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, tiga mangsa yang menaiki Proton Iriz didapati cedera akibat kemalangan tersebut. 

“Seorang mangsa adalah lelaki berumur 25 tahun, manakala seorang mangsa lagi adalah wanita berumur 33 tahun dan mangsa ketiga adalah kanak-kanak perempuan berumur enam tahun. 

“Kesemua mangsa diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, pemantauan di lokasi kemalangan selesai sepenuhnya, 5.51 petang. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Bot karam: Khidmat anjing pengesan ‘Bella’, helikopter PGU diguna esok
Next: Bot karam: Lima mangsa hilang ditemui pagi tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.