KUCHING: Beberapa kawasan di tapak sambutan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri di Padang Merdeka di sini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat, petang ini.
Hujan lebat bermula sekitar jam 2 petang tadi melanda bandar raya, menyebabkan beberapa kawasan, termasuk tempat duduk jemputan khas dinaiki air.
Bagaimanapun, sekitar jam 5:40 petang tadi keadaan banjir kilat di jalan raya mulai reda.
Berikutan hujan lebat itu juga, laluan di jalan padang merdeka turut sesak.
Difahamkan kawasan sekitar Padang Merdeka juga telah dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selain Padang Merdeka, turut dilanda banjir kilat ialah Jalan Pending, Jalan Kwong Lee Bank dan Jalan Pearl.
Oleh Noor Ikmal