SIBU: Yayasan Hii Kah Tung membelanjakan sebanyak RM5,455,000 untuk sumbangan bagi tujuan pendidikan, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hii Kah Tung, Hii Yik Ping
Pada tahun ini, katanya, seramai 19 lepasan sekolah telah dipilih untuk menerima biasiswa yayasan terbabit.
“Lembaga telah menerima sebanyak 33 permohonan baharu, tahun ini.
“Daripada jumlah pemohonan itu, seramai 19 lepasan sekolah telah dipilih untuk menerima biasiswa ini.
“Sehingga 2023 sejak penubuhan pada 1982, Yayasan Hii Kah Tung telah memberikan biasiswa kepada 861 pelajar.
“Daripada jumlah itu, seramai 786 sudah menamatkan pengajian mereka,” katanya pada sidang media, kelmarin.
Menurutnya, sehingga tahun lepas, Yayasan Hii Kah Tung telah membelanjakan RM10,640,400 untuk biasiswa.
Turut hadir, pemegang amanah Yayasan Hii Kah Tung, Ting Sik Kang, Hii Ching Chiong dan Hii Yik Nan.
Oleh Akun Giman