Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung tiga hari
  • NASIONAL

Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung tiga hari

Utusan Sarawak 8 months ago
KEBAWAH Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan di Taman Duta, Kuala Lumpur pada 5 Oktober lepas. Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Dato’ Haji Mohammed Moiz.
Foto FACEBOOK KESULTANAN PAHANG

KUANTAN: Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung selama tiga hari. 

Perkongsian berita gembira itu dibuat menerusi hantaran Kesultanan Pahang di laman Facebook yang memaklumkan istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober di Istana Abdulaziz di sini. 

Al-Sultan Abdullah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke beberapa acara sempena istiadat perkahwinan itu antaranya Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal dan Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur. 

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sebelum ini, Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri yang turut diadakan di ibu negara. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852
Next: Saudara kembar menang Anugerah Emas Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.