Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tangani segera krisis Rohingya
  • GLOBAL

Tangani segera krisis Rohingya

Utusan Sarawak 8 months ago
TERDESAK… Pelarian Rohingya yang ditempatkan di Kem Pelarian Kutupalong, Bangladesh. FotoAFP

NEW YORK: Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Filippo Grandi menggesa pendekatan baharu terhadap krisis Rohingya, dengan mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa harus melakukan lebih banyak untuk menamatkan kesengsaraan lebih satu juta Rohingya di kem di Bangladesh.

United News of Bangladesh (UNB) melaporkan bahawa beliau membincangkan krisis Rohingya dengan Ketua Penasihat Prof Muhammad Yunus di sebuah hotel di New York, kelmarin.

Beliau berkata, mereka membincangkan isu pelarian Rohingya yang belum diselesaikan di tengah-tengah banyak cabaran yang ditimbulkan oleh peralihan kompleks di Bangladesh.

“Saya memberi jaminan kepada Dr Muhammad Yunus tentang komitmen penuh UNHCR demi menggerakkan sokongan antarabangsa,” katanya.

Pelantikan Profesor Yunus sebagai pemimpin baharu Bangladesh telah meningkatkan minat global dalam krisis Rohingya, dan beliau berharap akan ada lebih banyak dana untuk tindak balas kemanusiaan.

“AS$700 juta daripada Bank Dunia adalah permulaan yang baik,” katanya, sambil menambah, PBB bersedia untuk menyokong lebih banyak untuk pendidikan kanak-kanak Rohingya.

“Kita perlu menyelesaikan perkara ini sebelum terlambat. Kita perlu mencari penyelesaian,” jelasnya.

Gilbert Houngbo, Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa, juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Penasihat di sebuah hotel, kelmarin.

Beliau menawarkan sokongan agensi buruh PBB untuk melaksanakan konvensyen ILO di Bangladesh.

“Kami sedia membantu anda,” tegasnya, sambil menambah ILO akan menjawab seruannya ‘jika dan bila’ beliau memerlukannya.

Ketua Penasihat itu turut menambah, pembaharuan buruh adalah keutamaan kerajaan kerana ia melihat isu berkenaan sebagai kunci bagi menjadikan Bangladesh sebagai hab pembuatan bertaraf dunia.

“Kami sangat serius tentang perkara ini,” kata Profesor Yunus, sambil menjelaskan bahawa menangani isu buruh akan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing di Bangladesh. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 15 pelombong maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
Next: Warga emas rai Hari Jadi ke-118

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.