Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
  • BISNES

Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Utusan Sarawak 8 months ago
PADA 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding  4.1430/1485 akhir urus niaga semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga hari ini selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.

Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding  4.1430/1485 akhir urus niaga, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pembetulan teknikal ringgit semalam disebabkan oleh aktiviti belian berlebihan yang menyebabkan segelintir peniaga mendapatkan keuntungan.

“Namun, persepsi pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu pada November dan Disember, masih lagi ketara.

“Sehubungan itu, pengumuman mengenai inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS malam ini akan dipantau rapat oleh kalangan komuniti pelabur,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, paras sokongan segera untuk ringgit adalah di paras RM4.0728, malah beliau yakin mata wang tempatan itu cenderung ke paras berkenaan berikutan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mungkin kekal bagi tempoh berbaki tahun ini dan dinaikkan pada 2025.

“Ini hanya menjadikan ringgit dilihat menarik terutama selepas bank pusat di rantau Asia yang telah memulakan langkah pelonggaran monetari seperti Indonesia dan Filipina,” katanya. 

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8442/8504 daripada 2.8634/8674 semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.6084/6179 daripada 4.6157/6218 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5284/5398 daripada 5.5317/5391.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga diniagakan secara positif.

Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2109/2181 daripada 3.2204/2249 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.39 daripada 7.40/7.41.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 271.8/272.6 berbanding 273.1/273.6 dan meningkat kepada 12.7229/7570 daripada 12.7242/7489 berbanding baht Thailand, semalam. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Petronas peroleh konsesi minyak, gas ketiga di Abu Dhabi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.