WAJIMA: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya enam orang masih hilang akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Wajima, Jepun.
Hujan lebat di kawasan berkenaan sejak semalam kini mula reda, bagaimanapun telah meninggalkan kesan kerosakan seperti tanah lumpur.
Pihak agensi cuaca nasional Jepun turut menggesa penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian tanah runtuh dan bahaya yang lain.
Di bandar Wajima turut dilihat timbunan batang pokok besar dan ranting pokok tersekat di sebuah jambatan di atas sungai yang airnya sangat deras akibat banjir.
Orang ramai dilihat terpaksa meredah lumpur untuk mengeluarkan kereta mereka yang separuh tertimbus, manakala di tempat lain air banjir telah menenggelami kawasan perumahan sementara yang dibina untuk mereka yang kehilangan rumah akibat gempa bumi sebelum ini. – AFP