Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN kesan 7 stesen minyak di Sarawak jual diesel, RON95 pada kadar ‘luar biasa’
  • SEMASA

KPDN kesan 7 stesen minyak di Sarawak jual diesel, RON95 pada kadar ‘luar biasa’

Utusan Sarawak 8 months ago

Datuk Armizan Mohd Ali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN 2024 Peringkat Zon Sarawak, hari ini. 

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 38 stesen minyak di seluruh negara yang mencatatkan rekod tertinggi penjualan minyak diesel dan RON95 secara luar biasa.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh stesen minyak di Sarawak dan tujuh stesen minyak di Sabah. 

“Pendekatan baharu yang kita guna pakai untuk melihat kewujudan penyeludupan dan ketirisan ini adalah pemantauan terhadap trend atau nilai jualan bahan api, diesel dan RON95 di stesen-stesen minyak.

“Kita akan melakukan audit dan meneliti rekod penjualan untuk memantau kemungkinan penyelewengan, seperti penjualan kepada industri atau penyeludupan, kerana stesen minyak ini terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran.

“Jadi, kami akan menyemak dan memastikan pengusaha stesen minyak tidak lepas tangan dan bertanggungjawab terhadap penjualan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN 2024 Peringkat Zon Sarawak di sini, hari ini. 

Armizan berkata, pengusaha stesen minyak juga perlu memberikan maklumat kepada pihaknya jika terdapat kenderaan yang dimodifikasi, contohnya untuk pembelian berulang.

“Kita akan menuntut kerjasama dari syarikat-syarikat minyak ini untuk tampil memberi laporan kepada kita tentang trend penjualan pada nilai dan kadar yang amat tinggi ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Armizan berharap agar dengan ada perdekatan baharu ini, pihaknya akan dapat menangani isu ketirisan subsidi diesel dan RON95 khususnya di Sabah dan Sarawak. 

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk membuat aduan sekiranya mereka mempunyai maklumat yang boleh membantu KPDN untuk melakukan siasatan lanjut.

“Siasatan kita tertumpu kepada Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram),” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Sarawak berupaya keluar 10,000mw tenaga hidro menjelang 2030
Next: Hasil pendapatan Sarawak tinggi bukan nasib semata-mata – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.