Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga China terjatuh dalam empangan hidro Batang Ai, selamat
  • KEMALANGAN

Warga China terjatuh dalam empangan hidro Batang Ai, selamat

Utusan Sarawak 8 months ago

Pihak Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan bomba tiba di lokasi mangsa warganegara China dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja-kerja pemasangan sistem solar di Empangan Hidroelektrik Batang Ai.

LUBOK ANTU: Seorang lelaki warganegara China yang dikhuatiri terjatuh ke dalam empangan ketika melakukan kerja-kerja pemasangan sistem solar di Empangan Hidroelektrik Batang Ai, ditemui selamat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.43 petang semalam berhubung insiden tersebut. 

Laporan awal menyatakan mangsa, yang merupakan seorang pekerja projek solar, dipercayai terjatuh ke dalam empangan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong. 

Operasi turut melibatkan anggota polis dari IPD Lubok Antu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Antu, serta petugas dari Sarawak Energy.

“Namun, pada sekitar jam 9.52 malam tadi, komander operasi menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan bahawa mangsa telah hadir sendiri ke balai polis untuk membuat laporan dan kenyataan. 

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Operasi yang melibatkan lima anggota bomba bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot dihentikan selepas menerima pengesahan keselamatan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai mangsa.

Continue Reading

Previous: Polis mohon bantuan orang ramai beri maklumat kes langgar lari
Next: Tindakan pantas penduduk padam kebakaran belukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.