PETRA JAYA: Undang-undang sedia ada perlu dipinda untuk disesuaikan dengan perkembangan teknologi baharu masa kini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memetik contoh penyelidikan yang sedang dilaksanakan antara Siemens dan Universiti Swinburne Australia berkaitan teknologi baharu.
“Kita perlu merangka undang-undang yang relevan dengan keadaan semasa, mengambil kira teknologi baharu yang digunakan.
“Sekiranya undang-undang tersebut tidak diwujudkan, aktiviti penyaluran tenaga itu akan menjadi haram.
“Kita (kerajaan) sebagai pemerintah, hendaklah mengusulkan undang-undang yang relevan dengan teknologi baharu bagi mengawal selia industri baharu seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Speaker-Soeaker dan Dewan Undangan Negeri SeMalaysia 2024 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Abang Johari dalam pada itu turut merujuk kepada penyelidikan yang melibatkan penyaluran tenaga tanpa wayar yang dilaksanakan di Australia yang bakal dilaksanakan di Sarawak.
Beliau berkata sekiranya kajian tersebut berjaya dan teknologi itu akan diguna pakai, maka terdapat keperluan mewujudkan ordinan bagi mengawal selia industri berkenaan.
Oleh NUR AIN OTSMAN
Gambar
Sekitar majlis Persidangan Speaker-Soeaker dan Dewan Undangan Negeri SeMalaysia 2024 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Petra Jaya, hari ini. Foto HERRIEY NAHA