Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terpedaya “phone scam”
  • JENAYAH

Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terpedaya “phone scam”

Utusan Sarawak 8 months ago

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas kerugian RM206,900 selepas mendakwa terperdaya sindiket penipuan “phone scam” pada Julai tahun lepas. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi dan memaklumkan mangsa terlibat dengan kes siber namun dia menafikan perkara berkenaan. 

Beliau berkata mangsa kemudian menerima panggilan daripada dua individu yang mendakwa mereka pegawai polis iaitu “Tuan Omar” dan “Inspektor Khoo Lee Feng” dan kononnya terlibat dengan siasatan jenayah penggubahan wang haram. 

“Mangsa diminta memberikan maklumat mengenai akaun bank yang dimiliki berserta beberapa nombor pas pengesahan transaksi (OTP) kepada penama ‘Tuan Omar’ bagi tujuan siasatan dan dia diarahkan merahsiakan perkara itu sehingga arahan lanjut diberikan. 

“Bagaimanapun, pada 6 September (Jumaat) mangsa telah membuat semakan akaun miliknya dan mendapati terdapat 12 transaksi pemindahan wang ke enam akaun berbeza berjumlah RM206,900 bermula pada 14 September hingga 14 November tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa percaya dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis pada 1.31 tengah hari, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada serta tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun terlibat. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Imigresen tahan 51 individu termasuk seorang majikan tempatan di Miri
Next: Polis tahan lelaki yang disyaki terbabit kes bunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.