BINTULU: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Emas, Jalan Tanjung Batu di sini dilaporkan terbakar tengah malam tadi, dengan kerosakan utama berlaku di bilik tingkat atas.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.36 tengah malam.
“Kebakaran melibatkan kerosakan 30 peratus di bilik tingkat atas. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.17 pagi.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Gambar
Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Emas, Jalan Tanjung Batu, Bintulu, tengah malam tadi.