Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS rampas pesawat Presiden Venezuela
  • GLOBAL

AS rampas pesawat Presiden Venezuela

Utusan Sarawak 9 months ago
PESAWAT Falcon 900EX dirampas di Republik Dominika dan dipindahkan ke negeri Florida, Amerika Syarikat. FotoAGENSI

WASHINGTON: Amerika Syarikat merampas pesawat milik Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Republik Dominican atas alasan melanggar sekatan, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kehakiman AS, semalam.

“Pagi ini (pagi semalam), Jabatan Kehakiman merampas sebuah pesawat yang didakwa dibeli secara haram yang berharga AS$13 juta melalui syarikat palsu dan diseludup keluar dari Amerika Syarikat untuk kegunaan Nicolas Maduro dan kroninya.

“Jabatan ini akan terus memburu mereka yang melanggar sekatan dan peraturan eksport serta menghalang mereka daripada menggunakan sumber Amerika untuk mengancam keselamatan Amerika Syarikat,” kata Peguam Negara Merrick B. Garland.

Pesawat jenis Dassault Falcon 900EX itu kemudiannya dipindahkan ke selatan Florida atas permintaan Amerika Syarikat.

Insiden ini berlaku lebih sebulan selepas pemilihan semula Maduro, menambah ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan Venezuela.

Washington melaksanakan sekatan ekonomi dan “diplomatic isolation” terhadap kerajaan Maduro sebagai sokongan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Venezuela.

Perintah Presiden atau Executive Order yang dikeluarkan pada Ogos 2019 melarang rakyat Amerika Syarikat daripada berurusan dengan individu yang bertindak secara langsung atau tidak langsung bagi pihak Kerajaan Venezuela, menurut Jabatan Kehakiman.

Pada Mac 2020, Maduro dan pembantu-pembantunya dituduh terlibat dalam “narco-terorism”, dengan dakwaan berkomplot bersama FARC (Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia), menyebabkan sejumlah besar kokain diseludup masuk ke Amerika Syarikat.

Selain itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sehingga AS$15 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau sabitan terhadap Maduro. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Warga Perancis dituduh benar puluhan lelaki rogol isteri
Next: Azerbaijan Airlines lancar penerbangan terus ke Maldives

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.