Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Klinik Kesihatan Long Napir bakal dibina pihak swasta  
  • WILAYAH

Klinik Kesihatan Long Napir bakal dibina pihak swasta  

Utusan Sarawak 9 months ago
PAMERAN KESIHATAN… Hasbi melihat sendiri meja pameran kesihatan yang diadakan semasa program Jelajah Agensi Nasional Malaysia Sihat Limbang 2024 di Dewan Suarah Limbang.

LIMBANG: Pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir yang amat diperlukan dan dinanti sekian lama oleh penduduk Penan dan Kelabit di pedalaman Limbang dijangka akan dimulakan oleh pihak swasta melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Klinik Kesihatan Long Napir merupakan nadi utama penduduk khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar di daerah ini  yang berdepan kekurangan prasarana asas dan kemudahan kesihatan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan program CSR daripada badan korporat dan pihak swasta amat diperlukan seperti yang dilakukan di Klinik Kesihatan di Baram dan kawasan Marudi.

“Saya  difahamkan memang akan ada agensi, mungkin pihak swasta membantu sebagai CSR sebagaimana yang di buat di Klinik Kesihatan di  Baram dan Marudi untuk dilaksanakan di Klinik Kesihatan Long Napir,” katanya ketika ditemui media selepas Jelajah Agensi Nasional Malaysia Sihat Limbang 2024 di Dewan Suarah Limbang, hari ini.

Turut sama ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh dan Pengarah Hospital Limbang Dr Syed Satahkatulah Mohamed Kalik.

Klinik Kesihatan Long Napir sebelum ini, jelasnya, berdepan kelewatan agak lama dan tergendala sehingga pembinaannya tidak dapat diteruskan sehingga kini.

Projek yang didambakan rakyat luar bandar itu, katanya lagi, pernah dikemukakan wakil rakyat di daerah ini kerap kali pada Sesi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 2006 dan sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) di Bahagian Limbang  dengan kos lebih RM3 juta di bawah Kementerian  Kesihatan Malaysia terdahulu.

Kata Hasbi, melalui penyertaan pihak swasta dan badan korporat dalam perlaksanaa lebih banyak program CSR terbabit di klinik-klinik kesihatan seluruh negeri akan dapat ditambah baik  dari aspek fasiliti serta kemudahan perkhidmatan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Sambutan malam Ambang Merdeka Daerah Simunjan disambut meriah
Next: Pokok tumbang halang laluan berdekatan sekolah rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.