Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Brunei dijangka dilanda angin kencang beserta hujan berterusan sehingga Selasa depan
  • GLOBAL

Brunei dijangka dilanda angin kencang beserta hujan berterusan sehingga Selasa depan

Utusan Sarawak 9 months ago

LAWAS: Negara jiran Brunei telah dilanda kejadian angin kencang berserta hujan petang semalam dengan kelajuan angin tertinggi mencapai 72 kmsj telah di rekodkan pada 1.09 petang waktu tempatan di Stesen Pencerapan Kajicuaca, Lapangan Terbang Antarabangsa Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan Stesen Pencerapan Kajicuaca Brunei, kejadian hujan badai atau hujan berangin kencang dijangka berterusan sehingga Selasa depan, 3 September.

Kejadian itu melibatkan terutama kawasan pesisiran dan perairan dan juga berpotensi merebak ke kawasan pedalaman dengan kelajuan angin  boleh meningkat sehingga 60 ke 75 kmsj semasa.

Sementara itu, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit ke sederhana, di antara 0.8-1.3 meter.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

Bagi Daerah Lawas yang terletak sejam perjalanan darat dari Bandar Seri Begawan Brunei turut menerima tempias apabila kejadian angin kencang dan hujan lebat turut berlaku pada 1.29 petang, semalam.

Berikutan itu, banyak kejadian pokok tumbang dan kerosakan harta benda di beberapa kampung khususnya di daerah kecil Trusan Lawas.

Gangguan bekalan elektrik terjejas teruk dan turut mengakibatkan berlaku gangguan bekalan air dan juga gangguan telekomunikasi sejak petang, semalam.

Selain itu, terdapat juga gangguan bekalan air pagi ini dan kerja menyambung perkhidmatan elektrik, bekalan air dan telekomunikasi sedang giat dijalankan secara berperingkat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 12 sekeluarga maut, rumah runtuh ketika tidur
Next: Brazil gantung penggunaan X

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.