Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 malam ini
  • GLOBAL

Upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 malam ini

Utusan Sarawak 9 months ago
ARC de Triomphe yang dihiasi dengan logo Sukan Paralimpik akan menjadi lokasi acara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 ketika tinjauan fotoBernama di Paris, hari ini. Sukan Paralimpik berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024 melibatkan 4,400 atlet bagi merebut 549 medal dalam 22 acara yang dipertandingkan. FotoBERNAMA

ANKARA: Sukan Paralimpik Paris 2024 akan bermula dengan upacara pembukaan pada Rabu di tengah-tengah ibu negara Perancis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan upacara pembukaan itu akan diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Champs-Elysees Avenue yang terkenal. 

Seramai 4,400 atlet paralimpik dari 184 delegasi akan berarak di sepanjang dua lokasi itu.

Champs-Elysees yang dipenuhi kafe dan kedai mewah menghubungkan Place de la Concorde dengan Arc de Triomphe, dan perarakan para atlet akan diadakan di antara dua tempat itu.

Upacara pembukaan itu akan bermula pada 8.00 malam waktu tempatan (1800GMT).

Selepas majlis itu, pertandingan akan bermula pada Khamis, dan Sukan Paralimpik tahun ini akan berlangsung sehingga 8 September. Acara sukan akan diadakan di Paris dan kawasan sekitarnya.

Sukan Paralimpik 2024 menampilkan 22 sukan dan 23 disiplin, termasuk bola sepak buta, boccia, goalball, memanah, olahraga, badminton, kayak,tenis berkerusi roda dan sebagainya.

Sukan itu akan diadakan di 18 lokasi termasuk Stade de France, Stade Roland-Garros, Stadium Menara Eiffel, Pont Alexandre III dan Grand Palais.

Paris dan Perancis akan menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas buat kali pertama.

Ibu negara Perancis sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada Julai-Ogos.

Sukan Olimpik dan Paralimpik telah diadakan di bandar dan venue yang sama sejak 1988. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kapal layar Bayesian: Mayat terakhir ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah
Next: Paris sudah sedia untuk Sukan Paralimpik, kata Presiden IPC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.