Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • FDA AS luluskan vaksin Covid-19 terkini untuk tangani varian Omicron KP.2
  • GLOBAL

FDA AS luluskan vaksin Covid-19 terkini untuk tangani varian Omicron KP.2

Utusan Sarawak 9 months ago
GAMBAR hiasan.

LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan penggunaan kecemasan vaksin mRNA Covid-19 terkini bagi memberikan perlindungan lebih baik terhadap varian yang sedang menular.

Menurut FDA, vaksin terkini akan menyasarkan jenis varian Omicron KP.2, lapor Xinhua.

“Memandangkan sistem imun penduduk semakin berkurangan akibat pendedahan kepada virus dan dari vaksinasi terdahulu, kami amat menggalakkan mereka yang layak untuk mempertimbangkan menerima vaksin Covid-19 terkini bagi mendapatkan perlindungan yang lebih baik terhadap varian yang sedang menular,” kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologik FDA, Peter Marks.

“Vaksin mRNA Covid-19 yang dikemas kini termasuk Comirnaty dan Spikevax, kedua-duanya diluluskan untuk individu berumur 12 tahun ke atas, manakala Vaksin Covid-19 Moderna serta Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, kedua-duanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan bagi mereka yang berumur enam bulan hingga 11 tahun,” menurut FDA dalam satu kenyataan. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kapal layar karam: Identiti 5 mangsa disahkan, 1 masih hilang
Next: Kapal layar Bayesian: Mayat terakhir ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.