Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKMA: Pasangan adik-beradik raih emas untuk Sarawak, acara terjun 3m
  • SUKAN

SUKMA: Pasangan adik-beradik raih emas untuk Sarawak, acara terjun 3m

Utusan Sarawak 9 months ago

PETRA JAYA: Gandingan mantap pasangan adik-beradik Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin dan Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin hadiahkan satu lagi emas dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.

Aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Pendelela Rinong di sini menyaksikan keserasian pasangan itu menggumpul mata keseluruhan tertinggi iaitu 227.13 jauh meninggalkan pasangan dari Wilayah Persekutuan, Celeste Qin Lee dan Jin Wei Choo yang menggumpul 209.04 mata untuk merangkul Perak.

Pingat gangsa pula menjadi milik pasangan dari Terengganu, Muhammad Ahza Dzakirin Alizar dan Prisilia Yao Chong yang menggumpul 201.81 mata.

Setakat ini, kem aquatik Sarawak beraksi cemerlang dengan menyapu rata emas yang dipertandingkan dalam acara terjun dengan jumlah keseluruhan tiga emas dari acara terjun.

Semalam, Elvis Priestley Clement memenangi emas dalam acara terjun 3m papan anjal lelaki manakala pasangan Nur Elisha Rania Muhammad Abrar Raj dan Nurul Farisya Alia Affendi memenangi emas melalui acara 10 meter(m) platform seirama wanita.

Selepas ini, tumpuan akan beralih kepada Nursharzyra dan Trisya Ann Voon yang akan berentap dalam acara terjun 1m papan anjal wanita, pada sebelah petang pula acara 10m platform seirama lelaki akan berlangsung dengan pasangan penerjun Sarawak iaitu Elvis Priestley Clement dan Enrique Maccartney Harold akan berentap.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ‘Danish Iftikhar ada potensi jadi jagoan’ – Watson Nyambek
Next: SUKMA 2024: ‘Saya berjuang demi Sarawak, bukan habuan’ – Jonah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.