Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKMA: Empat peninju Sarawak tewas suku akhir, tapi prestasi membanggakan – Helman
  • SUKAN

SUKMA: Empat peninju Sarawak tewas suku akhir, tapi prestasi membanggakan – Helman

Utusan Sarawak 9 months ago
AKSI di antara peninju Sarawak (biru) dan Wilayah Persekutuan (merah).

SIMANGGANG: Walaupun empat peninju Sarawak tertewas pada aksi suku akhir malam tadi, ia tetap berbangga dengan debut yang ditunjukkan oleh peninju muda Sarawak itu.

Ketua jurulatih tinju Sarawak, Helman Morni berkata ini adalah penampilan pertama para peninju muda itu dan merupakan pengalaman berharga untuk tampil beraksi dengan lebih cemerlang pada pertandingan lain selepas ini.

“Walaupun empat peninju kita gagal ke pusingan separuh akhir, saya bangga dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan pada malam ini (malam tadi).

“Mungkin mereka (peninju) itu masih baharu, tetapi mereka dah buat yang terbaik untuk cuba memenangi perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

PENINJU Sarawak, Frederick Xian Bartholonmew Albern (kanan) menang ke atas peninju Wilayah Persekutuan, sekali gus mara ke pusingan separuh akhir.

Helman berkata satu kegembiraan buat kontijen tinju Sarawak apabila 11 peninjunya telah  berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir, termasuk peninju wanitanya.

“Untuk perlawanan separuh akhir, kita akan mengatur strategi-strategi baharu bagi memastikan kemenangan milik Sarawak, sekali gus melangkah ke pusingan akhir,” katanya.

Sementara itu, lima aksi suku akhir yang berlangsung malam tadi menyaksikan kontijen tinju Sarawak hanya memenangi satu perlawanan dan mengalami empat kekalahan.

SEKITAR 1,500 penonton membanjiri Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman malam tadi.

Peninju Sarawak, Frederick Xian Bartholonmew Albern menang ke atas peninju Wilayah Persekutuan, Muhd Haikal Hakim dengan kiraan mata 5-0 dalam kategori Feather 57 kilogram (kg), sekali gus mara ke pusingan separuh akhir.

Empat peninju Sarawak yang tewas ialah Peter Nyanggun Mancha (Fly 51kg); Wan Dhia Danish Wan Muhd Reza (Light Welter 63.5kg); Marcos Robert (Light Middle 71kg) dan Syahrul Wafie Khan (Light Heavy 80kg).

Oleh ADI SAFARMAN

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SUKMA XXI Sarawak 2024: Fung hadiahkan pingat pertama buat Sarawak
Next: SUKMA: 11 peninju tuan rumah ke separuh akhir amat membanggakan – Snowdan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.